Kesan terhadap kesihatan Kemaskulinan beracun

Persatuan Psikologi Amerika telah memberi amaran bahawa "ideologi kemaskulinan tradisional" dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kesihatan mental dan fizikal.[9][10] Lelaki yang berpegang kuat kepada norma-norma budaya maskulin yang tradisional seperti mengambil risiko, keganasan, dominasi, pengutamaan kerja, keperluan mengawal emosi, keinginan untuk menang serta mengejar status sosial diperhatikan lebih cenderung mengalami masalah psikologi seperti kemurungan, tekanan, masalah imej badan, penyalahgunaan bahan, dan fungsi sosial yang lemah. [11] Kesan buruk ini juga cenderung menguat pada lelaki yang menekankan norma maskulin "toksik", seperti kemandirian, bertindak cara yang berkuasa terhadap kaum wanita ataupun tingkah laku yang bersifat tidak setia secara seksual sesama pasangan.[2][12]

Sifat sebegini juga diperhatikan menyumbang utama kepada permasalahan kesihatan awam yang ditimbulkan oleh masyarakat, seperti kadar kanser kulit yang tinggi di kalangan lelaki - kerana kurangnya perlu menyemaikan kesedaran masalah kesihatan dalam kalangan kaum lelaki - , [28]  tingkah laku seksual yang disifatkan rakus lalu menyebabkan kadar jangkitan seksual seperti HIV meningkat dengan ketara.[13]

Rujukan

WikiPedia: Kemaskulinan beracun http://www.popsci.com/research-shows-that-toxic-ma... http://www.salon.com/2015/06/12/toxic_masculinity_... http://www.smithsonianmag.com/science-nature/sexis... http://motto.time.com/4273865/donald-trump-toxic-m... http://www2.clarku.edu/faculty/addis/menscoping/fi... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25860190 http://www.apa.org/monitor/2017/02/men-left-behind... http://www.apa.org/pubs/journals/releases/cou-cou0... //doi.org/10.1002%2Fjclp.20099 //doi.org/10.1037%2F0735-7028.27.3.259